Kolagen adalah sejenis protin yang berserat (fiber) yang terdiri dari asid amino, sama seperti protin lain yang juga terbina dari amino asid. Jadi, apakah kepentingan kolagen?
Kolagen berfungsi menyambung dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, tulang, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalaman dan juga ada dalam gigi. Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam badan.
Kolagen mempunyai asid amino yang terbina dari molekul organik dari gabungan karbon, hidrogen dan oksigen. Kolagen sebenarnya adalah satu gabungan jenis-jenis protin dan bukannya sejenis protin yang tertentu. Kolagen adalah molekul yang kompleks, jadi struktur kimia untuk kolagen adalah agak rumit.
Kolagen adalah sejenis protin yang paling biasa terdapat dalam mamalia termasuklah manusia iaitu di antara 25% hingga 35% daripada kandungan protein keseluruhan badan anda. Sel fibroblas adalah sel yang biasanya menghasilkan kolagen.
No comments:
Post a Comment