Glutathione adalah molekul yang amat penting untuk anda kekal sihat dan mencegah penyakit tetapi anda mungkin tidak pernah mendengar tentang Glutathione. Glutathione adalah rahsia untuk mencegah penuaan, kanser, penyakit jantung, demensia malahan lebih dari itu.
Glutathione diperlukan untuk merawat segala-galanya daripada autisme kepada Alzheimer. Terdapat hampir 100,000 artikel perubatan berkenaan Glutathione tetapi doktor anda tidak tahu bagaimana untuk mengatasi wabak kekurangan molekul Glutathione yang kritikal ini.
Berita baik adalah badan anda boleh menghasilkan glutathionenya sendiri.
Berita buruk pula adalah pemakanan yang tidak sihat, pencemaran, toksin, ubat-ubatan, (tekanan)stress, trauma, penuaan, jangkitan penyakit dan radiasi mengurangkan glutathione.
Ini mendedahkan anda kepada perpecahan sel yang tidak terkawal akibat tekanan oksidatif, radikal bebas, jangkitan penyakit dan kanser. Hati anda mendapat tugasan terlalu banyak dan menjadi rosak dan tidak dapat menjalankan tugas detoksifikasinya.
Kekurangan glutathione terdapat dalam hampir semua pesakit yang tenat. Ini termasuklah sindrom keletihan kronik, penyakit jantung, kanser, jangkitan kronik, penyakit autoimun, kencing manis, autisme, Alzheimer, Parkinson, artritis, asma, masalah buah pinggang, penyakit hati dan lain-lain adalah akibat kekurangan glutathione. Qu Puteh mengandungi pemakanan yang boleh menghasilkan 500000mg glutathione.
Apakah Glutathione?
Glutathione dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita sepanjang masa. Ia adalah gabungan 3 protein mudah atau asid amino iaitu cysteine, glycine dan glutamin.
Rahsia kuasanya terletak pada kumpulan kimia sulfur (SH) yang terkandung di dalamnya. Sulfur adalah molekul melekit dan berbau. Ia bertindak seperti fly paper dan semua perkara yang buruk dalam tubuh seperti radikal bebas, toksin logam berat contohnya raksa dan logam berat lain melekat kepadanya.
Glutathione biasanya dikitar semula kecuali bila toksin sudah terlalu banyak melekat padanya. Gen yang bertugas dalam metabolisma glutathione mempunyai pelbagai nama seperti GSTM1, GSTP1 dan lain-lain.
Separuh dari generasi kini telah mengalami penurunan fungsi gen ini dan ini menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
9 Tip Untuk Mengoptimakan Kandungan Glutathione dalam badan anda.
1. Makan makanan yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi seperti bawang putih, bawang besar dan sayur-sayuran cruciferous (kobis, bunga kobis, brokoli, kale, brusel sprout, collard, selada air dan lain-lain).
2. Ambil bioactive whey protein yang bioaktif, non-denatured protein, non-pasteurized dan non-industrially produced milk yang tidak mengandungi racun perosak, hormon atau antibiotik. Contoh: Immunocal.
3. Bersenam (latihan fizikal) Ini akan meningkatkan sistem imun anda, meningkatkan detoksifikasi dan meningkatkan pertahanan antioksida badan anda sendiri. Mula perlahan dan lakukan sehingga 30 minit sehari, senaman aerobik yang kuat seperti berjalan atau berjoging, atau bermain pelbagai jenis sukan. Latihan kekuatan selama 20 minit 3 kali seminggu juga membantu.
Anda mungkin fikir, kan lebih senang ambil pil protin saja, tapi bukan begitu sebab badan anda harus sintesis protin, sebaliknya bersenam dan ambil minyak ikan dan multivitamin. Lain-lain supplement yang penting untuk meningkatkan glutathione ialah:
4. N-acetyl-cysteine. Ia telah bertahun-tahun digunakan untuk merawat asma, penyakit paru-paru dan kegagalan hati yang mengancam nyawa akibat Tylenol berlebihan. Ia juga diberikan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang akibat pewarna yang diberi untuk kajian x-ray.
5. Alpha lipoic acid. Ia boleh dikatakan sebagai glutathione yang kedua, amat penting untuk pengeluaran tenaga, kawalan gula darah, kesihatan otak dan detoksifikasi. Badan biasanya membuat sendiri, tetapi disebabkan tekanan yang kerap anda hadapi penghasilannya selalu berkurangan.
6. Methylation nutrients (folat dan vitamins B6 and B12). Nutrien ini mungkin yang paling penting untuk tubuh menghasilkan glutathione. Methylation dan pengeluaran dan kitar semula glutathione adalah 2 fungsi biokimia yang paling penting dalam badan anda. Ambil folat (terutamanya dalam bentuk aktif 5 methyltetrahydrofolate), B6 (dalam bentuk aktif P5P) dan B12 (dalam bentuk aktif methylcobalamin).
7. Selenium. Ini adalahmineral penting membantu badan membuat kitar semula dan menghasilkan lebih banyak glutathione.
8. Antioksidan termasuk vitamins C and E (dalam bentuk mixed tocopherols), membantu dalam kitar semula glutathione.
9. Milk thistle (silymarin) telah lama digunakan dalam penyakit hati dan membantu meningkatkan tahap glutathione.
Pernahkah anda mendengar glutathione sebelum ini?
Sudahkah anda mencuba tip-tip diatas dan apakah kesannya?
Gunakan 9 tip di atas dan lihat bagaimana ia membantu anda optimakan tahap glutathione anda.
No comments:
Post a Comment